Sunday, May 9, 2010

maafkan aku

teman,

sungguh aku bingung
aku menyesal dan aku terkilan
kerana keterlanjuranku
kau kecundang

maafkan aku
kerana aku tak bermaksud begitu
mungkin diri ini terlalu berani
atau timbul darimu persepsi?
hingga kau tenggelam sama
dan
sungguh aku keliru
mengapa kau turutkan juga?
walau kau tahu bahagianmu belum tentu?

temanku,

sungguh aku sedih
melihat dikau kecewa
sedang Dia lebih mengetahui
tiada yang boleh lebih antara kita
melainkan ikatan sebuah persahabatan
itu saja
dan noktah

anggaplah
aku ini nostalgiamu
walau sudah tercalit sedikit hitam dalam diari hidupmu
yang mungkin tidak kau mahukan
maafkanlah aku
sungguh aku kelu
bila jawapanNya bukan dirimu

sungguh aku berdoa
moga Tuhan mengampunkan
segala kelemahan yang tersingkap
segala dosa yang terbuat
kerana sesungguhnya aku ini insan lemah
yang hidup dalam kedahagaan rahmat dan perhatianNya
yang masih bertatih merebut kasihNya
yang masih berlumba ke ribaanNya

justeru itu,

sungguh aku mohon..

maafkan aku, temanku

:: cik sentul, 9 Mei 2010 ::

Tuesday, April 27, 2010

ketidaktahuan

jalan ini penuh liku
merangkak aku mencapai pelita
bagi menerangi jalan itu
ilmu dan kemahiran
sebagai bekalan

kesabaranku
keegoanku
kepercayaanku
kedegilanku
bercampur-aduk semua
istikharah aku
moga bertemu jawapan
pasti

mengapa mesti aku di sini?
hak
cita-cita
impianku
semua itu... tidak pentingkah?
mereka tak mengerti..
jadi, harus apa aku?

lantas kini aku hanya mampu berdoa
agar Tuhan yang Maha Belas mengasihani aku
agar Dia sudi meminjamkan aku kekuatanNya
agar bisa aku tiru kesabaranNya
agar aku dapat menjadi yang bijaksana
Oh Tuhan
pimpin aku ke jalan kebenaran
jalan mereka yang Engkau berikan nikmat
bukan jalan-jalan kesesatan..

perkenankan ya Tuhan!

:: cik sentul, 27 April 2010 ::

Monday, April 12, 2010

Astaghfirullah

Astaghfirullah

Artist: Haddad Alwi
Album: The Way Of Love
Song Category: Nasyid
Astaghfirullah robbal baroyaa
Astaghfirullah minal khothooya

Robbiy zidniy 'ilman naafi'aa
Wawaffiqnii 'amalan maqbuula
Wawass'lii rizqoon thoyyiban
Fatub 'alayya taubatan nashuuha

HambaMu ini datang padaMu
Tuntunlah kami kemana pergi
Aku tersesat dijalan ini
Tak tahu lagi arah kembali
Sudilah Engkau mau peduli

Yaa man yaro sirro qolby hasbith-thila 'uka hasbi
Famhu bi'afwika dzanby washlih qusudiy wal a'mal

Ya Illahi Ya Tuhanku
HambaMu ini menujuMu
Jiwa ragaku jadi belenggu
Agar mendapat keridhoanMu
Tujuan akhir jalan hidupku

Monday, February 1, 2010

cinta itu di hati

cinta adalah fitrah hati
lahir tanpa diminta dan dipaksa
namun Tuhan sentiasa menguji
apakah cinta itu suci atau sebaliknya

cintailah yang di hati
itu cinta hakiki dan murni
jangan cinta hanya nafsu
itu cinta palsu yang melulu

betapa bahagia cintakan tuhan
bagai bunga yang mewangi kehidupan
tiada waktu dan jarak memisah
kembara rasa tidak bernoktah

betapa derita korban percintaan
bila nafsu menjadi taruhan
jiwa gelisah bila terpisah
asyik bertemu jemu bertamu

cintailah sesiapa sahaja
asal wadahnya cinta Allah
hati tidak resah
jiwa tak akan gelisah
jauh terhubung rindu
dekat terikat padu


:: dipetik dari Tentang Cinta, karangan Ustaz Pahrol Mohd Juoi, salinan cik sentul, 1 Februari 2010 ::


Friday, January 22, 2010

Janji untuk diri

duhai diriku
berjanjilah roh dan jasad
untuk taat kepada ajaran al-Quran
meninggalkan larangan Tuhan
agar kau selamat
dari api nyalaan neraka jahannam

berjanjilah duhai diriku
supaya kau menjadi insan cemerlang
yang harinya hari ini lebih baik dari semalamnya
dan esok lebih baik dari hari ini
agar kau menjadi contoh mukmin profesional
kepada dirimu sendiri

berjanjilah denganku
agar kau tetap kan membacakan al-Quran
walau sesibuk mana pun dikau dengan urusan duniamu
kerana kelak ia akan menerangi kuburmu dengan cahaya
terang tiada berpenghujung
berteman sampai kiamat

duhai diriku
berjanjilah agar kau akan istiqamah
dalam perjuanganmu ini
walau badai menimpa
guruh menjengah musim
suhu meningkat mendadak
berjanjilah agar kau bisa kuat
menahan semua tujahan kritikan
agar kau bisa membuang amarahmu jauh-jauh
agar kau bisa berdiri dengan tawaduk kepada Tuhanmu
sedar bahawa kembaramu mungkin berakhir tiada kau sangka

bersedialah duhai diri
agar matimu tidak sia-sia
agar namamu terpahat dalam ingatan orang-orang yang mencintaiNya
agar kau subur dalam doa orang-orang mukmin kecintaanNya
moga kau tabah
moga kau cekal
dan tegar
dengan janji yang kau pahatkan di dadamu sendiri

:: cik sentul, 22 Januari 2010 ::