Sunday, May 9, 2010

maafkan aku

teman,

sungguh aku bingung
aku menyesal dan aku terkilan
kerana keterlanjuranku
kau kecundang

maafkan aku
kerana aku tak bermaksud begitu
mungkin diri ini terlalu berani
atau timbul darimu persepsi?
hingga kau tenggelam sama
dan
sungguh aku keliru
mengapa kau turutkan juga?
walau kau tahu bahagianmu belum tentu?

temanku,

sungguh aku sedih
melihat dikau kecewa
sedang Dia lebih mengetahui
tiada yang boleh lebih antara kita
melainkan ikatan sebuah persahabatan
itu saja
dan noktah

anggaplah
aku ini nostalgiamu
walau sudah tercalit sedikit hitam dalam diari hidupmu
yang mungkin tidak kau mahukan
maafkanlah aku
sungguh aku kelu
bila jawapanNya bukan dirimu

sungguh aku berdoa
moga Tuhan mengampunkan
segala kelemahan yang tersingkap
segala dosa yang terbuat
kerana sesungguhnya aku ini insan lemah
yang hidup dalam kedahagaan rahmat dan perhatianNya
yang masih bertatih merebut kasihNya
yang masih berlumba ke ribaanNya

justeru itu,

sungguh aku mohon..

maafkan aku, temanku

:: cik sentul, 9 Mei 2010 ::