Showing posts with label rasa. Show all posts
Showing posts with label rasa. Show all posts

Thursday, January 17, 2013

penantian

Di sni aku menanti
di balik tabir usang kehidupan
hadirnya sebutir permata berkilauan
dari rahimku yang muda
mengharap agar
esok ia tumbuh
mekar subur dan lincah
soleh insyaAllah...

sungguh bertahun menantikan ia hadir
merembeskan keriangan dan cahaya
buat hati kami damai
beroleh satu saham yang infiniti tempohnya
mudah-mudahan doa kami diperkenankan

Oh Tuhan Yang Maha Penyayang
Yang Maha Pengasih
Yang Maha Menjadikan
kepadaMu jualah kami datang
kepadaMu jualah tempat kami dikembalikan
jangan jadikan kami keseorangan di duniaMu yang fana ini
Oh Tuhan..kepadaMu kami berserah

Tuesday, November 27, 2012

tak puas hati

tuturmu selalu mengarahkan
walau nadamu tiada keras
tapi selalu hati ini sakit

sedarkah engkau siapa dirimu di sini?
masakan engkau boleh tidak sedari?

mungkin...
aku rasakan mungkin
engkau ini tidak mudah percaya
engkau ini pernah merasai pengkhianatan
lalu pengalaman mengajarmu
supaya engkau lebih hati-hati

cuma aku rasa
jika engkau buang persepsi itu
tentu aku, kau dan dia
kan lebih bahagia

Sunday, May 9, 2010

maafkan aku

teman,

sungguh aku bingung
aku menyesal dan aku terkilan
kerana keterlanjuranku
kau kecundang

maafkan aku
kerana aku tak bermaksud begitu
mungkin diri ini terlalu berani
atau timbul darimu persepsi?
hingga kau tenggelam sama
dan
sungguh aku keliru
mengapa kau turutkan juga?
walau kau tahu bahagianmu belum tentu?

temanku,

sungguh aku sedih
melihat dikau kecewa
sedang Dia lebih mengetahui
tiada yang boleh lebih antara kita
melainkan ikatan sebuah persahabatan
itu saja
dan noktah

anggaplah
aku ini nostalgiamu
walau sudah tercalit sedikit hitam dalam diari hidupmu
yang mungkin tidak kau mahukan
maafkanlah aku
sungguh aku kelu
bila jawapanNya bukan dirimu

sungguh aku berdoa
moga Tuhan mengampunkan
segala kelemahan yang tersingkap
segala dosa yang terbuat
kerana sesungguhnya aku ini insan lemah
yang hidup dalam kedahagaan rahmat dan perhatianNya
yang masih bertatih merebut kasihNya
yang masih berlumba ke ribaanNya

justeru itu,

sungguh aku mohon..

maafkan aku, temanku

:: cik sentul, 9 Mei 2010 ::

Tuesday, April 27, 2010

ketidaktahuan

jalan ini penuh liku
merangkak aku mencapai pelita
bagi menerangi jalan itu
ilmu dan kemahiran
sebagai bekalan

kesabaranku
keegoanku
kepercayaanku
kedegilanku
bercampur-aduk semua
istikharah aku
moga bertemu jawapan
pasti

mengapa mesti aku di sini?
hak
cita-cita
impianku
semua itu... tidak pentingkah?
mereka tak mengerti..
jadi, harus apa aku?

lantas kini aku hanya mampu berdoa
agar Tuhan yang Maha Belas mengasihani aku
agar Dia sudi meminjamkan aku kekuatanNya
agar bisa aku tiru kesabaranNya
agar aku dapat menjadi yang bijaksana
Oh Tuhan
pimpin aku ke jalan kebenaran
jalan mereka yang Engkau berikan nikmat
bukan jalan-jalan kesesatan..

perkenankan ya Tuhan!

:: cik sentul, 27 April 2010 ::

Monday, February 1, 2010

cinta itu di hati

cinta adalah fitrah hati
lahir tanpa diminta dan dipaksa
namun Tuhan sentiasa menguji
apakah cinta itu suci atau sebaliknya

cintailah yang di hati
itu cinta hakiki dan murni
jangan cinta hanya nafsu
itu cinta palsu yang melulu

betapa bahagia cintakan tuhan
bagai bunga yang mewangi kehidupan
tiada waktu dan jarak memisah
kembara rasa tidak bernoktah

betapa derita korban percintaan
bila nafsu menjadi taruhan
jiwa gelisah bila terpisah
asyik bertemu jemu bertamu

cintailah sesiapa sahaja
asal wadahnya cinta Allah
hati tidak resah
jiwa tak akan gelisah
jauh terhubung rindu
dekat terikat padu


:: dipetik dari Tentang Cinta, karangan Ustaz Pahrol Mohd Juoi, salinan cik sentul, 1 Februari 2010 ::


Friday, October 23, 2009

hanya aku mengerti

suatu masa..
kotak fikiran mula terbuka,
bebanan di pundak bertambah tidak dipinta
kos keperluan meningkat tidak terangankan
aku lelah, hampir goyah
tapi untuk pasrah, kalah, menyerah..
tidak sekali-kali aku izinkan

teringat aku suatu dalil
ketika aku kuliah di pondok
'Tuhan tidakkan mengubah nasib sesuatu kaum
selagi mana kaum itu tidak berusaha mengubah nasibnya'
dan ayat itu diulang-ulang
beratus kali tidak kukira
agar lekat di memori
agar tercabar diri

kini peluang datang hanya sekali
terbukalah mata hati
bukan mudah untuk aku percaya
namun rancangan Tuhan tak siapa bisa menduga
takkan kulepaskan genggamanku ini lagi
kerana aku yakin
ganjarannya pasti

namun tak semua kuidam senang jaraknya seinci,
sebab..
aku diperah keringat,
dituntut berkorban,
dikejar impian melangit
lelahku yang dulu hanya berkeluh-kesah, kosong..
kini lelah berbayar, penat berbonus
masaku yang dulu bersepah, terbuang
kini berisi usaha berkebajikan

doamu kupinta prihatinmu kuhargai
moga jalan kupilih tidak salah
walau kutahu kau tak rela
melepaskan aku seketika
ditinggal aku lama

bukan apa..
aku didesak tiada pilihan
aku diburu cita-cita, tak punya masa tambahan
untukku raih kejayaan
untukku sebar kebahagiaan
usah kau tanya kenapa
kerana kau tak akan mengerti,
tak mungkin memahami, tak sepenuhnya merasai
apa yang aku alami, apa yang terdimensi dalam mimpi
untuk kuterjemah menjadi realiti

:: cik sentul, 23 Oktober 2009 ::

Wednesday, October 14, 2009

pendaman cinta

Dari luar jendela hatiku
aku melihat
kejujuran dan keikhlasan
tulusnya
tanpa mengharap balasan
namun aku turut merasa
ada penantian cinta tak terucap
darinya

Oh Tuhan
Rungkaikan masalahku, masalahnya
Luruskan hatiku, hatinya
Tenangkan aku, dia
agar tak terburu-buru
mengikut rasa atau nafsu
walau kutahu
tunggunya berbatas
sabarnya bergaris
dan dia butuh jawapan pasti
dariku

Kerana sebenarnya
aku mengerti
Maksud apa yang cuba disampaikannya
Rasa apa yang cuba dikongsikannya
dalam setiap bualan
dan kata-kata
Namun aku tak daya
memberi jawapan terus-terang
aku tersepit
antara maluku dan syariat agamaku

PadaMu aku sandarkan
semua harapanku
semua rindu dendamku
semua kata cintaku
dengan doa
jika bukan ditakdir kita untuk kita
jauhkan hati ini agar tak tersasar
dari beroleh rahmatMu ya Illahi
namun
jika termaktub sudah di luh mahfuzMu
aku untuknya
dan dia untukku
maka mudahkanlah oh Tuhan
agar hati dapat bersatu
dalam redhaMu

:: cik sentul, 14 Oktober 2009 ::

Tuesday, October 13, 2009

The One and Only You

When I cry you help me out
When I'm happy you hear me shout
When I grin you know I'm really mad
You can tell when I'm sad

You understood my wonders
And listened to my dreams
You listened to how I felt about life and love
And knew what it all means

You're there in thick and thin
You hear me out when I want to talk
You help me out when I get mad
You are the bestest friend I've ever had

I reached out to you my friend
To show you that I care
To pull you close and let you know
How much I need you there

So hear me out when I say
You're the light in my day
You are the moon in my night
You shine very bright
You are the bestest friend I've ever had

With your heart so fragile
With your soul so true
This is a tribute
To the one and only you

HAPPY BIRTHDAY!

Yours sincerely,
Shariffudin Sahedan

rujukan : dipetik dari beberapa buah poem from internet.. tak ingat mana

Monday, October 12, 2009

kerja

kedinginan pagi
keindahan mimpi
keseronokan kelmarin
takkan bisa melumpuhkan diri
ayuh bangkit

letih semalam
masih bersisa
dan hari ini aku kembali
mencoret keping-keping nota

janjiku
mesti tepati
moga di sana
Tuhan mengadili

ilham
datanglah

ikhlas
bertahanlah

masih punya jam
ayuh lekas

:: cik sentul, 19 Ogos 2009 ::